Rabies | Dua mangsa terbaharu rabies di Sarawak

2022-03-23 0

Dua individu menjadi mangsa terbaharu jangkitan rabies di Sarawak.
Malah, kedua-dua kes ini merupakan dua kes pertama positif rabies dalam kalangan manusia di Malaysia untuk tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu serta Hopsital Umum Sarawak.